PENYAKIT KULIT EKZEMA



Ekzema merupakan sejenis penyakit yang berkaitan
dengan kawalan sistem badan seseorang dalam
menghadapi sesuatu alahan dan kegagalan menghadapi
alahan inilah yang mengakibatkan terjadinya penyakit
kulit ekzema ini iaitu kulit menjadi kemerah-merahan ,
mengelupas, kepedihan serta gatal2.

Antara beberapa sebab yang menyebabkan penyakit
kulit ini antaranya :

1. Terdedah pada cuaca yang tidak menentu samada
panas terik serta basah dan lembab
2. Keadaan kebersihan diri
3. Keadaan kebersihan tempat tinggal
4. Diet / pemakanan harian
5. Pendedahan diri ke pelbagai bahan kimia
6. Penggunaan bahan2 kosmetik, bahan2 cuci
yang tidak sesuai dan akan akibatkan alahan

Bagi penyakit ini juga ada dua tahap :

a) Untuk tahap rendah :
Keadaan kulit menjadi kering, gatal2 serta
kepanasan.

b) Untuk tahap serius
Keadaan kulit menjadi kemerahan, mengelupas .
mengakibatkan radangan kulit serta berdarah.


Jadi apa perlu seseorang itu buat jika mengalami
masaalah Ekzema ini :


1. Perlu kenal pasti tahap serius penyakit ini
yang dialami


2. Perlu tahu penggunaan produk kulit yang
mungkin tidak sesuai dan ini perlu dijauhi
penggunaannya

3. Perlu kurangkan penggunaan beraneka jenis
produk isi rumah antaranya sabun mandi ,
losen cukur dan sabun pencuci pakaian serta lantai.

4. Elakkan memakai pakaian yang punyai fabrik
bulu mahupun tekstil sintetik yang kemungkinan
akan mengakibatkan radangan kulit


5. Semasa mencuci lantai mahupun perkakas dapur,
gunakan sarung tangan plastik untuk lindungi
bahagian kulit


6. Bila mandi, lebih sesuai gunakan sabun mandi
yang lembut dan tidak kasar. Jika mandi dengan
air pemanas, elakkan siraman air terlalu panas
ke bahagian kulit. satu tip yang baik ialah jika
boleh rendamkan badan dalam tab mandi seketika
untuk melembabkan kulit. Sentiasa pastikan kulit
tidak kering sangat dan tidak digaru selalu kerana
ini akan akibatkan radangan kulit. Gunakan juga
tuala lembut untuk lap badan selepas mandi.


7.Elakkan aktiviti yang boleh membuat diri berpeluh
berlebihan kerana ini akan mengakibatkan kulit
rasa gatal2 dan perlu digaru. Cuba kesat saja
dengan tapak tangan ke bahagian2 kulit yang
terasa gatal tapi jangan garu.


8. Dapatkan nasihat pakar / doktor untuk ubat yang
sesuai tapi masaalah disini kemungkinan kos
ubatan ini mahal.


9. Jauhi penggunaan krim atau losen yang punyai
kimia lebihan yang boleh akibatkan alahan kulit

1 Komen:

Unknown said...

Salam. InsyaAllah saya ada terjumpa penawar utk eczema dlm bentuk kapsul. H-Tonic & Tri-Tonic dr company Vivie-E Healthcare yg menggunakan Teknologi Nano untuk mempercepatkan pemulihan sel dan anda dapat melihat kesannya didalam 4 hari ke seminggu InsyaAllah. Produk ini mendapat kelulusan KKM serta JAKIM. Hubungi saya di talian 0194762661 utk keterangan lanjut, InsyaAllah.