Digital Photo Mugs

Excellent use for all occasions eg;Corporate Events,Business events,Trade shows,Trade fair,Auto show,Giveaways,Personal Celebrations,Personal Events,Birthdays,Anniversaries,Family photo,Christmas,New Year,Marriage. www.digitalmugs.biz

Your amazing gadget store

Get your letest cool gadgets at www.ja-digital.com

Programmable Calculator For Surveyors

Get your programmable calculator at a reasonable price along with the surveying programs and user manual. More info at www.fx5800p.info

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

20 Tip Cara Jimatkan Minyak Kereta

Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan setiap sen yang kita belanjakan.

CARA 1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja. Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara. Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.


CARA 2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.


CARA 3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.


CARA 4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.


CARA 5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.


CARA 6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.


CARA 7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.


CARA 8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..


CARA 9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.


CARA 10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.


CARA 11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan. Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgn memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan. So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar kereta lagi.. minyak pun save...


CARA 12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.


CARA 13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk.. atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.


CARA 14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...


CARA 15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.


CARA 16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.


CARA 17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.


CARA 18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.


CARA 19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran. Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ mana2 jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.
Untuk info lanjut, anda disarankan mencari NGV installer yang bertauliah dan dapatkan pandangan yang boleh dipercayai.


CARA 20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...
Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable, maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi.

Sumber: downloadpelbagai.blogspot.com

7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )



7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI (dari Dr Fadzilah Kamsah )

Tips 7 'C' Sebab SUAMI BENCI ISTERI dari Dr Fadzilah Kamsah ini saya kongsikan untuk renungan kita bersama.

Semoga BERMANFAAT untuk kita semua...

=================================

C1. CABAR

Isteri ni kalau bergaduh dengan suami mulalah kata

"Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]!"

Dr Fadillah kata JANGAN CABAR SUAMI ... nanti suami buat betul-betul isteri juga yang putih mata ...

C2. CABUL

Perbuatan dan kata2 isteri yang tidak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yang tidak baik pada mertua ...

C3. CELUPAR

Celupar ni suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yang kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap ...

C4. COMOT

Isteri bila nak keluar rumah saja barulah nak comel berhias tapi kat rumah comot.

Suami pula di opis dok nampak y aje ...

Ada isteri kata - mekap untuk suami, .... tapi kat rumah tak mekap pun ...

C5. CEMBURU

Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan ... sikit2 dok telefon suami kat opis.

Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yang bukan2 ...

C6. CEREWET

Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai ...

Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak ...

anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi ...

Rahsia Wanita Jepun Hidup Lama

1.Mengambil makanan lengkap yang bervariasi. Bahan makanan yang terdapat di dapur masyarakat Jepun terdiri daripada pelbagai sumber. Walaupun harganya tidak mahal namun, ia mengandungi nutrisi yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan. Kebanyakan masyarakat Jepun suka makan ikan, rumpai laut, sayur-sayuran, kacang soya, beras, buah-buahan dan teh hijau.

2.Orang Jepun menikmati makanan yang dimasak sendiri setiap hari. Hidangan makanan tradisional Jepun biasanya terdiri daripada ikan bakar, semangkuk nasi, sayur rebus, sup miso, hirisan buah dan teh hijau sebagai pencuci mulut. Orang Jepun merupakan pengguna ikan tertinggi di dunia. Purata pengambilan ikan bagi seorang individu Jepun adalah 68.04kg per tahun dibandingkan penduduk di negara lain iaitu hanya sebanyak 35kg per tahun. Seperti yang diketahui, ikan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi dan ini menjadi salah satu faktor mengapa mereka hidup lebih lama dan sihat. Selain itu, mereka juga suka makan brokoli dan sayur-sayuran dimana mereka mengambil 5 kali ganda lebih banyak sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel berbanding orang Amerika.

3.Orang Jepun hanya memasak makanan yang segar. Pendekatan yang digunakan oleh orang Jepun ketika memasak ialah mereka hanya akan menggunakan bahan-bahan yang segar yang terdapat pada musim tersebut. Pasaraya juga sangat mengutamakan kesegaran sesuatu makanan yakni bukan sahaja menitikberatkan tarikh luput sesuatu makanan yang dijual bahkan setiap makanan yang akan dijual perlu disemak setiap setengah jam. Wanita Jepun juga sangat selektif dalam memilih ikan, daging dan sayur-sayuran.

4.Orang Jepun makan dalam kuantiti yang kecil. Sejak kecil lagi, masyarakat di Jepun telah diajar untuk makan secara perlahan-lahan dan belajar untuk menikmati setiap kunyahan. Makanan yang dihidang di atas pinggan pula hanya satu pertiga daripada ukuran saiz peralatan makan orang Amerika. Orang Jepun sangat menitikberatkan tatacara dan adab-adab ketika makan. Ungkapan yang sering diamalkan oleh orang Jepun ialah “makanan mestilah segar, setiap menu mestilah dihidang dalam satu pinggan dan makanan perlu dihias supaya nampak cantik dan teratur”.

5.Teknik memasak di Jepun sangat ringkas dan sederhana. Sebahagian besar kerja-kerja memasak dilakukan di atas dapur menggunakan teknik seperti mengukus, membakar, menumis, menggoreng dan mendidih dengan menggunakan peralatan seperti periuk dan kuali. Tukang masak di Jepun akan menggunakan minyak yang khusus dan perisa makanan daripada bahan semulajadi supaya kesihatan jantung sentiasa terjamin.

6.Orang Jepun lebih memilih makan nasi berbanding roti. Ini merupakan perbezaan paling ketara mengenai tabiat makan orang timur dan barat. Mereka yakin bahawa pengambilan tepung gandum yang berlebihan merupakan faktor utama masalah obesiti di Amerika. Sekiranya anda telah terbiasa mengambil roti setiap hari cuba gantikan dengan secawan beras merah atau gandum 1-2 kali sehari.

7.Di Jepun, pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting. Sarapan mereka terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti teh hijau, nasi kukus, sup miso dengan tauhu, daun bawang, rumpai laut, telur dadar, telur ikan dan ikan. Namun semua makanan tersebut diambil dalam kuantiti yang kecil.

8.Masyarakat Jepun hanya makan makanan manis dalam kuantiti yang sangat sedikit. Di Jepun, makanan pencuci mulut hanya dihidang dalam kuantiti yang kecil tidak seperti di Amerika. Namun, itu tidak bermaksud mereka tidak makan makanan seperti coklat, kuih-muih, aiskrim dan kacang merah cuma mereka lebih menghargai kesihatan tubuh badan mereka. Mereka sedar bahawa pengambilan makanan manis yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

9.Orang Jepun mempunyai “mind set” yang berbeza tentang makanan. Walaupun orang Amerika sangat prihatin terhadap masalah diet dan berat badan namun sebaliknya berlaku pada masyarakat Jepun yang sering didorong untuk menikmati makanan yang pelbagai tanpa masalah diet. Namun, pada ketika ini masyarakat Jepun sudah mula berhati-hati lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai restoran makanan segera ala barat yang diyakini akan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan remaja.

10.Bersenam merupakan amalan harian masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sentiasa memiliki kesihatan yang baik kerana mereka merupakan masyarakat yang aktif dan suka mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, mereka sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang sihat dengan cara berbasikal, berjalan, mendaki dan sebagainya.

11. Mereka juga mengamalkan supplement. Mereka amat berhati-hati dalam memilih makanan tambahan kerana kesilapan memilih yang menjadi akibatnya adalah tubuh mereka juga.

Credit: inhealthbeauty.com

CARA-CARA MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

  1. Diet dan makanan tambahan – Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Dapatkan maklumat piramid pemakanan untuk dijadikan panduan pengambilan makanan seharian.
  2. Pengambilan makanan tambahan seperti vitamin E dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Selain itu, makanan tambahan lain termasuk selenium, vitamin C, beta-karotin, L-Cysteine, asid folik, zink dan sebagainya diambil dengan betul dapat melambatkan proses penuaan.
  3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Contohnya bawang putih dikatakan dapat mencegah daripada demam selesema, gangguan pernafasan dan penyakit usus. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. Sebelum menggunakan produk herba, anda perlu pastikan kualiti produk dapatkan maklumat daripada pakar berkaitan.
  4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan melakukan senaman selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Jangan lupa, lakukan juga senaman wajah.
  5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur.
  6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting.
  7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif.
  8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik.
  9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Anda boleh merujuk kepada media untuk memilih fesyen yang sesuai. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga.
  10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati serta daki yang degil. Dapatkan produk penjagaan diri yang sesuai dengan anda. Jika tidak pasti, anda boleh tanyakan kepada ahli farmasi, dan pakar kuit. Penuaan pada kulit disebabkan oeh pendedahan cahaya matahari (dan jam 10 pagi hingga 3 petang) dan keadaan alam sekitan yang tercemar.
Credit: inhealthbeauty.com

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?

Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?

Pendapat yang pertama, memang tidak betul. Yang kedua? Tidak berapa betul! "8 gelas sehari" lebih merupakan sebagai lagenda yang telah diterima sebagai fakta.

Baru-baru ini, Jurnal Psikologi Amerika mendedahkan bahawa tidak terdapat bukti saintifik yang dapat menyokong teori "8 gelas sehari". Jangan salah faham pula. Saintis tersebut bukan mengatakan kita tidak memerlukan air. Tetapi nasihat agar kita mengambil 8 gelas air sehari bukanlah satu nasihat yang baik.

Pertama, kita perlu meminum air berulangkali di sepanjang hari. Meminum 8 gelas di waktu pagi dan mempercayai bahawa anda sudah meminum air yang cukup untuk hari tersebut adalah berbahaya.

Mereka yang meminum air, walau setengah gelas, pada setiap jam akan mendapati diri mereka begitu bertenaga.

Berapa banyak yang perlu diminum? Ianya bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak anda kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum, lebih banyak dari 8 gelas. Tetapi jangan pula meminum terlalu banyak. Kenapa pula? Meminum terlalu banyak air boleh menyebabkan keracunan air (sekiranya menahan membuang air kecil) ataupun situasi elektrolit tak seimbang.

Peringatan: Lebih banyak anda meminum air, lebih banyak anda perlu menggantikan elektrolit anda. Di mana anda boleh memperolehi bekalan
elektrolit? Dari air minuman sukan seperti 100 Plus, Excel dll.

Nanti dulu, sebelum anda ke pasaraya untuk membeli minuman tersebut, saya ada satu petua untuk anda. Masukkan secubit garam ke dalam setiap gelen air minuman anda. Nah! Anda sudah mendapat bekalan elektrolit yang cukup. Sudah tentu pengeluar air minuman sukan tidak akan memberitahu kita mengenainya.

Credit: www.kesihatan.biz

5 Tanda Jantung Anda Sudah Bermasalah

Di kalangan kita, mesti ada yang pernah membaca tentang tanda-tanda atau gejala penyakit jantung. Antara gejala yang paling popular yang sering kita dengar ialah sakit dada dan sesak nafas. Namun, bagaimana pula dengan gejala-gejala lain yang perlu kita ketahui sekiranya terdapat gangguan pada jantung kita?

Menurut pakar jantung, gejala sakit jantung bukan sahaja melibatkan dua faktor tersebut sahaja malah boleh melibatkan gangguan pada anggota tubuh badan yang lain.

Berikut merupakan lima petunjuk yang boleh dijadikan panduan sekiranya terdapat gangguan pada jantung anda. Jika anda mengalami dua atau lebih daripada gejala seperti di bawah maka anda disarankan untuk segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.

1.Sakit leher

Adakah anda pernah mengalami sakit otot yang berlarutan di bahagian leher? Anda mestilah berwaspada sekiranya rasa sakit ini tidak hilang. Hal ini kerana menurut pengalaman pesakit jantung, tanda-tanda awal yang dapat dikesan ialah rasa sakit dan tegang di bahagian leher. Mereka selalu mengabaikan gejala tersebut kerana lebih fokus terhadap gejala yang lebih besar seperti sakit di bahagian dada, bahu dan lengan.

Bagi wanita, kemungkinan mengalami gejala seperti ini adalah kecil kerana kebiasaannya mereka akan mengalami sakit yang mendadak disertai rasa sakit di bahagian bahu dan bawah leher. Rasa sakit tersebut juga akan merebak ke bahagian kiri tubuh badan termasuk bahu dan lengan.

Bagaimana perkara ini berlaku? Saraf dari jaringan jantung yang rosak akan menghantar isyarat rasa sakit pada tulang belakang dan akhirnya akan merebak ke saraf di sekitar leher dan bahu.

2.Masalah Seksual

Lelaki yang mengalami masalah ereksi biasanya mempunyai masalah berkaitan penyakit pembuluh darah koroner. Kajian terhadap lelaki di Eropah menunjukkan bahawa dua pertiga daripada pesakit jantung yang mendapat rawatan menderita masalah disfungsi ereksi selama berbulan-bulan sebelum disahkan menghidap penyakit jantung. Beberapa penyelidikan terbaru mendapati bahawa memang terdapat kaitan antara masalah disfungsi ereksi dan penyakit kardiovaskular.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat bukti yang jelas bahawa pesakit yang mengalami disfungsi ereksi berisiko untuk menghidap penyakit jantung dan boleh membawa maut.

Bagaimana perkara ini berlaku? Seperti pembuluh darah di sekitar jantung yang boleh menjadi sempit dan mengeras, begitu juga yang berlaku kepada pembuluh darah yang menghantar darah ke bahagian penis. Kerana pembuluh darah di sekitar penis lebih kecil maka, pembuluh ini akan mengalami kerosakan yang lebih cepat bahkan tiga atau empat tahun lebih cepat sebelum penyakit jantung dapat dikesan.

3.Pening, Pengsan atau Sesak Nafas

Sebuah kajian mendapati lebih daripada 40 peratus wanita melaporkan bahawa mereka cenderung mengalami sesak nafas sebelum terjadinya serangan jantung. Anda mungkin akan mengalami kesukaran bernafas, semput atau pening ketika berada di tempat yang tinggi. Apabila anda mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti menaiki tangga, menyapu atau berjalan sedangkan anda tidak mengalaminya sebelum ini maka gejala tersebut perlu diberi perhatian sebagai satu peringatan penting.

Bagaimana perkara ini berlaku? Hal ini berlaku kerana aliran darah pada pembuluh darah yang membawa oksigen ke jantung tidak cukup. Sakit pada otot jantung dan angina juga boleh membuat seseorang berasa sakit ketika menarik nafas. Penyakit pembuluh darah koroner berlaku apabila pembuluh darah tersumbat akibat pengumpulan plak seterusnya menyebabkan jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup. Kesukaran bernafas ini seringkali dikaitkan dengan angina iaitu sejenis penyakit pada otot jantung.

4. Gangguan Pencernaan, Mual atau Pedih Ulu hati

Walaupun ramai orang berpendapat bahawa masalah jantung begitu sinonim dengan sakit di dada namun, hal ini juga boleh berlaku pada bahagian perut. Bagi sebilangan orang khususnya wanita, gejala seperti pedih ulu hati, sensasi kekenyangan atau tersedak perlu diambil berat kerana gangguan pencernaan yang serius dan rasa mual-mual juga boleh menjadi petanda awal serangan jantung atau dikenali sebagai miokardial infarksi. Sebuah penyelidikan menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mengalami gejala muntah-muntah, mual dan gangguan pencernaan selama beberapa bulan sebelum serangan jantung berlaku.

Bagaimana ia berlaku? Timbunan lemak pada pembuluh darah akan mengurangkan bekalan darah ke jantung sehingga menimbulkan rasa sakit khususnya di bahagian dada namun ia juga boleh berlaku pada bahagian perut. Mual dan pening-pening juga menjadi petanda bahawa serangan jantung sedang berlaku. Justeru itu, perlu segera memanggil doktor sekiranya keadaan tersebut berlarutan.

5. Sakit pada rahang dan telinga

Kesakitan pada rahang adalah sesuatu yang misteri dan sangat mengganggu. Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor tetapi kadang-kadang ia merupakan petanda tentang wujudnya penyakit pembuluh darah koroner (CAD) dan tanda-tanda awal serangan jantung. Beberapa pakar sedang mengkaji tentang kaitan antara sakit pada rahang dengan risiko serangan jantung. Hasil kajian mendapati bahawa ramai pesakit jantung melaporkan mengalami masalah sakit pada rahang sebelum terjadinya serangan jantung.

Bagaimana ia berlaku? Kerosakan pada jaringan organ jantung akan merangsang penghantaran isyarat turun naik pada bahagian tulang belakang yang akhirnya merebak pada saraf-saraf lain bermula dari tulang leher, rahang hingga ke bahagian telinga.

Credit: inhealthbeauty.com

Keluarkan Wang Dari Akaun PayPal ke Kad Kredit atau Kad Debit


You can withdraw funds from your PayPal account to any credit, debit, or prepaid card with a Visa or MasterCard logo.

Funds Availability
PayPal completes this transfer in days, but your card issuer’s policies may affect the processing time.

Withdrawal Limits
There is a minimum and maximum amount that you can withdraw to your card. To see the minimum withdrawal amount, click Fees at the bottom of any page. To see the maximum withdrawal amount, click View Limits on the Account Overview page.

Note: If you are withdrawing to a prepaid card, the amount that you can withdraw might be different from your PayPal account withdrawal limit. For more information, contact your card issuer.

Fees
PayPal charges a fee for withdrawals to your card. Currency conversion fees may also apply. If the information in your withdrawal request is incomplete or incorrect, PayPal will charge a return fee. For more information, click Fees at the bottom of any page.

Selaras dengan polisi baru ini saya terus mencuba masukkan Kad Kredit Public Bank Visa saya untuk tujuan pindahan wang.


Klik pada imej untuk tumbesaran

Selepas itu saya cuba transfer USD10.00 ke kad kredit tersebut. Caj pemindahan yang dikenakan ialah USD5.00. Menurut Paypal transaksi tersebut akan sempurna dalam tempoh 5 hingga 7 hari.


Klik pada imej untuk tumbesaran

Berikut adalah email yang saya terima dari Paypal selepas transaksi tersebut

Jika pemindahan ini berjaya bermakna kita tak perlu lagi bersusah payah membuka akaun bank US atau membeli kad debit tertentu dengan yuran bulanan untuk mengeluarkan wang dari Paypal. Jika anda tiada kad kredit, saya cadang dapatkan Kad Debit Public Bank untuk tujuan ini.

Saya akan update pada post ini selepas transaksi ini berjaya.

UPDATE 05 Oct 2007
Hari ini saya menyemak akaun kad kredit Public Bank Visa dan dapati pemindahan wang Paypal telah pun sempurna.

Dari USD10.00 yang dipindahkan, USD5.00 ditolak sebagai caj pemindahan dan baki USD5.00 dimasukkan ke akaun kad kredit saya. Ini bermakna kadar tukaran wang semasa yang digunapakai ialah:

USD1.00 = RM3.356

Untuk makluman tidak semua kad kredit / debit / prepaid di Malaysia ini boleh digunakan untuk transaksi ini. Berikut adalah pengalaman rakan-rakan kita yang telah mencuba.

Berjaya

  • Public Bank Visa Credit Card
  • Public Bank Visa Debit Card
  • Citibank Visa Credit Card
  • Alrajhi Visa Debit Card

Gagal

  • Ambank NexG Prepaid Credit Card
  • UOB MasterCard
  • Public Bank Mastercard
  • EON Bank MOL Freedom Prepaid Credit Card


Credits; http://sukeri.com

Widget untuk Mencantikkan Blog


Antara widget yang boleh anda masukkan seperti di bawah:

Senarai Widget Blog:

Rating - http://www.blogorator.com


Form ke Email -
http://www.emailmeform.com

Chatbox -
http://www.cbox.ws

Shoutmix - http://www.shoutmix.com

Favicon -
http://www.deviantart.com

Feedjit - http://feedjit.com


Flag Counter - http://s03.flagcounter.com

Jam dan Tarikh - http://www.widgetbox.com


LinkWithin – http://www.linkwithin.com


Map - http://www.feedmap.net


Mybloglog -
http://pub.mybloglog.com

Free Domain -
http://www.zonestraits.com

Jumlah Visitor - http://www.amazingcounter.com
(Jumlah pelawat yang dah melawat blog kita)

Waktu Solat - http://www.waktusolat.net

Online User - http://www.widgeo.net (Nak tengok berapa orang tengah online kat blog kita)


Iklan Nuffnang - http://www.nuffnang.com.my (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Iklan Advertlerts: http://www.advertlerts.com (Boleh buat duit dengan menulis blog)

Credit: www.zuarxpdc.com

50 Ransangan Mudah Menjadikan Anak Bijak

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.


21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Petua Mencuci Hati

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

8 Tips Bagaimana Untuk Jaga Solat

http://pembinakedah.files.wordpress.com/2009/05/dahsolat-sk.jpg

Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya. Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal. Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.


Solat itu tiang agama!
Solat itu tiang agama!


Berikut saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin kita boleh amalkan supaya diri kita menjadi lebih berdisiplin dalam melaksanakan solat yang diperintahkan.
1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri
Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari pembalasan. Jika diterima maka amalan lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah amalan kita yang lain.
Bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga solat, saya sarankan untuk beli Kitab Fadhilatl Amal (Harga RM35 sebuah). Dalam kitab tersebut ada 1 bab khusus yang menerangkan tentang fadhilat-fadhilat solat. Antara yang diterangkan dalam Bab Fadhilat Solat ialah mengenai ;

  • Kepentingan solat
  • Kelebihan solat
  • Amaran dan celaan ke atas mereka yang meninggalkan solat
  • Kepentingan dan kelebihan solat berjemaah
  • Amaran kerana meninggalkan solat jemaah
  • Penerangan tentang khusyuk dan khudu’ dalam solat
  • Menyenaraikan hadith-hadith tentang khusyuk solat
  • Menceritakan mengenai solat yang dilakukan para sahabat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxULovNILu41Sd73s_TMx-7j94ChfAUUaYI0VlpouUbrfeh_mvemOql0EIG0pStBk8WjWOJxernFnVJBWanCFzTgt67N7nxKyHoCIn4vT5cUgl1bbPjSGT6_Or3hyphenhyphenVN_52sRqXdbgTDKM/s320/fadhilat+amal.JPG
Kitab Fadhail Amal

Belilah Kitab Fadhilat Amal tu dan bacalah setiap hari. Tetapkan 1 masa yang tetap contohnya sebelum tidur, dan bacalah sekurang-kurangnya 1 hadith yang terdapat dapat kitab tersebut. Bacalah dengan istiqamah setiap hari.
Moga-moga dengan keberkatan dan nur-nur hadith/quran yang anda baca tu, ditambah dengan keinginan serta usaha untuk berubah, Allah akan berikan kekuatan pada kita untuk menjaga solat, insyaAllah.


2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat
Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah.. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik dan menjaga solat mereka.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDMTm3b4aJLyKjB9CxJGlbZDWe796w85zSREIP3Om_7cTGAhFV_88wszmsT0rqohc-BXo5WaDVecpwZomB13D9WXCHA78SKiizjuTArPMhcbrxu8TAoTYpJI_W33DTy6qzlKANnTnL6yo/s400/bookmarknorbitt_158.jpg

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin
Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas. Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu seterusnya.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiD46MAW-smHbx31MCeq9-f-k8KEG3ZwjBiZ5PgyPZLbkGyfuUNRK-p7kM_DEdP73YBai1Q4XEFO9lqYVsjBl1l4qxa_taofqFv1W8MsdGdZ3atWF-nzFkDgrgbz1nohffIaxm068RPwC4/s400/Bh00197.jpg

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat
Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat tersebut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiT7hz_TY7bckYkuLxO5LYmwjd-vxGqw99DFzdtazbbC_L1JVzKUH7P1xunxC7dYwG5PUYRsoxCyXgniNuPZoQzeO9ODse_dOqx88Vc66BmjGkpjoS4-NWS81kyVkx_4EDQiz_JoD9cXmY/s400/32789541840078l.jpg

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi
Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup, bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit bagi mendirikan solat.
http://shinekoramon.files.wordpress.com/2009/09/tidur.jpeg

6. ‘Set’ kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya ‘Esok, aku mesti bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh’. Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam hati bahawa, ‘Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri meeting penting’.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya walaupun tidur baru 2-3 jam!
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjscbLOEfqhDRwMHpO_6g5eEi-5fxbUWglaQ13WfX3DmO24gJfbzHRK8HM8oJ7UBMXSsPzDX04NbLjvknjM0NqZnRFwYznGMvx85Y8bkl0Ps88lK1i1x-uPXcTirnGSttQM1u68-enTzIL0/s320/mind.jpg

7. Ingatlah mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?
kubur.jpg image by pamiesz

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan
Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, “Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmat-Mu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu”
http://photos.bravenet.com/420/318/568/7/E9E9B847C3.jpg

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama amal dalam usaha kita menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu’ semasa solat.
http://muhammadkamal.files.wordpress.com/2009/08/solat-1.jpg

Lajukan FIREFOX

  1. Buka browser Firefox korang, kemudian taip la kat address bar tu cam ni: about:config kemudian klik enter
  2. Korang akan dapat mesej seperti kat gambar bawah ni. Korang leh la klik kat i’il be careful, i promise.
    tips firefox 1 300x90 Jom lajukan firefox
  3. Kemudian pada ruangan filter, korang taip ni: network.http.pipelining pastikan value adalah true. Kalau false korang double klik je kat network.http.pipelining nanti dia jadi true.
  4. Seterusnya kt ruangan filter gak, korang taip ni: network.http.pipelining.maxrequests dan double klik untuk tukar value kepada 8.
  5. Taip lagi kat ruangan filter: network.http.proxy.pipelining dan set value jadi true
  6. Taip lagi kt ruangan filter (berapa banyak nak taip la kan hehehe) network.dns.disableIPv6 dan jadikan value nya true.

Ok sekarang kita perlu add lak preference name, caranya dengan right click kat mana-mana bahagian bawah ruangan filter. Lihat gambar kat bawah ni:

tips firefox 2 300x130 Jom lajukan firefox

  1. Lepas right klik tu, pilih new dan seterusnya Boolean kemudian taip content.interrupt.parsing Letakkan value sebagai true kemudian klik OK
  2. Wat cam cara diatas tetapi kali ni pilih Integer dan taip content.max.tokenizing.time pada value masukkan nombor berikut: 2250000 dan klik OK.
  3. Sama cam kat atas gak pilih Integer dan taip content.notify.interval masukkan value 750000 dan klik OK.
  4. Huh banyak lak nak kena wat hehe rilek lagi sikit je ni. Ikut cam atas gak, kali ni pilih Boolean dan taip ni content.notify.ontime value kasi pilih true. Jangan lupa klik OK.
  5. Huhu sama lagi cam kat atas tapi pilih Integer kemudian taip content.notify.backoffcount kemudian value letak 5 kemudian klik OK.
  6. Erkkk ada lagi, sama gak cam diatas pilih Integer pastu taip content.switch.threshold letak value 750000 dan klik OK.
  7. Ok ok confirm ni last, sama gak cam diatas, pilih Integer kemudian taip nglayout.initialpaint.delay pastu value letak 0 dan klik OK.

Tips kaya cepat

Ramai usahawan islam mahu cepat kaya...Halal haram tolak tepi,yg penting kaya!

1.Tauke dobi :

Campurkan semua pakaian pelanggan dalam satu mesin...

2.Tauke import ..

Tipu jumlah kuantiti barang untuk elakkan cukai tinggi.
Contoh,kuantiti 5000,tulis borang kastam 3000 sahaja.

3.Tauke roti canai.

Telor tak payah basuh,pegang telor,pecahkan dan buat roti...

4.Tauke tudung...

Ini tudung korea,harga RM80.00

(Hakikatnya tudung Pakistan,modal RM5......)



5.Tauke car wash..

Cuci enjin sampai rosak enjin...
Call pomen kawan baik...dapat komisen!


6.Jual pakaian tiruan.
Jual seluar Levis,Adidas dll...



7.Tauke bangunan.
sewakan buat kelab judi,dangdut...


8.Tauke motor...

Motor nih rosak enjin...(pada hal rosak plug sahaja)


9.Tauke daging.
Jual lembu mati kena langgar...

10.Tauke madu.
Campurkan gula dan gula melaka banyak2..Tulis di botol,Madu Asli Cap Ayam Serama...

Ingatlah usahawan...Hidup hanya sementara.....

sumber :



1.50 Kesilapan Usahawan
Pengarang : Roselan Tahar
Tahun terbit : 2008
Harga : RM10.00
Jumlah Halaman: 74 m/s
Ringkasan kandungan :
Mendedahkan 50 kesilapan yang selalu dilakukan oleh usahawan dalammenjalani aktiviti perniagaan. Secara tidak langsung buku ini meminpinbakal usahawan supaya menjauhi 50 kesilapan ini untuk berjaya dalamperniagaan mereka. Format buku yang ringkas dan padat tidak membosankanpembaca di samping adanya kata-kata hikmah atau perangsang di setiaphalaman.

2.Zaharuddin.net.


3.islamonline.com.


4.Fatawa.


5.Albany.net

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN KETIKA MENGANDUNG

Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut.
Doanya :


"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam
- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba
- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil
- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami
- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.
- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.
- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.
- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.
- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.
- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.
- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.
- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada.
- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.
- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.