Digital Photo Mugs

Excellent use for all occasions eg;Corporate Events,Business events,Trade shows,Trade fair,Auto show,Giveaways,Personal Celebrations,Personal Events,Birthdays,Anniversaries,Family photo,Christmas,New Year,Marriage. www.digitalmugs.biz

Your amazing gadget store

Get your letest cool gadgets at www.ja-digital.com

Programmable Calculator For Surveyors

Get your programmable calculator at a reasonable price along with the surveying programs and user manual. More info at www.fx5800p.info

Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Keburukan Makanan Fast Food dan Mee Segera

Keburukan Makanan Fast Food dan Mee Segera

Mereka (yahudi) menggalakkan kita makan makanan yang langsung tidak berkhasiat seperti makanan segera. Makanan segera (Fast food) adalah istilah yang diberikan untuk makanan yang boleh disediakan dan dihidangkan dengan sangat cepat. Contohnya, mee segera.

Kepada penggemar mee segera, berhati-hati apabila mengambil mee segera sebagai makanan harian. Ini kerana, terdapat sejenis lilin (salutan wax) yang melapisi mee tersebut agar tidak melekat antara satu sama lain yang boleh membahayakan kesihatan penggunanya.

Jika kita perhatikan, Mi kuning yang belum dimasak di kedai akan kelihatan berminyak. Lapisan minyak ini akan mengelakkan mi tersebut dari melekat antara satu sama lain. Mi Wonton pula yang masih mentah biasanya ditaburkan tepung agar terhindar dari melekat.

Seseorang yang mengambil mee segera setiap hari berisiko menghadapi kanser. Doktor mengatakan bahawa tubuh kita mengambil masa lebih dari dua hari untuk membersihkan salutan wax tersebut.

Seorang pramugari SIA (Singapore Air) yang telah berhenti perkhidmatannya dan kemudian menjadi seorang suri rumah tangga. Dia tidak memasak tetapi kerap makan Mie segera setiap kali waktu makan. Kemudian akhirnya menderita kanser.

Dalam kes yang berasingan, SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, dimana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah baginya adalah mengambil mee segera setiap hari. Kemudian, beliau juga disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.

10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:


•Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.


•Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH


•Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.


•Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


•Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.


•Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


•Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

•Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.


•Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.


•Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.


Sumber : (http://tazkirah.wordpress.com/2007/06/30/10-pesanan-imam-shafie-yang-perlu-diikuti/)

Lakukan 11 Perkara Kepada Anak-Anak Anda?



Tanggungjawab ibubapa mendidik anak-anak bermula dari buaian hingga ke liang lahad. Dibawah ini disertakan 1-11 perkara yang perlu ibubapa lakukan untuk menjadikan anak-anak soleh dan solehah. Adalah menjadi kewajipan ibubapa membentuk keluarga Islam supaya menjadi role model kepada anak-anak apabila mereka dewasa kelak.


1. Cinta Dan Taatkan Allah, Rasul, Al-Quran, Ibubapa, Keluarga Dan Negara.

Ibubapa bertanggungjawab sepenuhnya menyemai, mengasuh dan membimbing anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya. Sifat cinta kepada Allah dan Rasul mestilah mengatasi cinta kepada makhluk yang lain. Ini dijelaskan oleh sabda rasulullah s.a.w.:

Maksudnya : "Seseorang muslim dijamin akan mendapat kemanisan iman sekiranya terdapat pada dirinya tiga perkara berikut. Hendaklah Allah dan Rasulnya lebih ia cintai daripada selain keduannya, hendaklah ia tidak mencintai seseorang melainkan semata-mata kerana Allah dan hendaklah ia benci untuk menjadi kufur sebagaimana ia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka". Riwayat Bukhari & Muslim

Imam at-Tabrani meriwayatkan dan Ali r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:
Maksudnya : "Didiklah anak-anak kamu pada tiga perkara iaitu mencintai Nabi kamu, mencintai ahli baitnya dan membaca Al-Quran. Sebab orang-orang yang memelihara Al-Quran itu berada di dalam lindungan singahsana Allah pada hari yang tidak ada perlindungan selain perlindunganNya beserta para nabinya dan orang-orang yang suci". Riwayat Ad-Dailami

Di dalam buku Ihya 'Ulumiddin Imam Al-Ghazali mewasiatkan supaya mengajar anak-anak Al-Quranul Karim, hadis-hadis Nabi, hikayat orang-orang alim dan beberapa hukum-hukum agama.

Maka apabila perasaan cinta kepada Allah dan RasulNya telah tertanam di dalam jiwa anak-anak, ibubapa mudah untuk mendidik dan menyuruh mereka mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya terutamanya cinta dan taatkan Al-Quran, ibubapa keluarga dan pemimpin negara.


2. Rukun Islam Dan Iman.

Ibubapa perlu mendedahkan dan menerangkan kepada anak-anak tentang rukun Islam dan rukun Iman seterusnya menyuruh mereka menghafal dan mengamalkannya di dalam kehidupan mereka seharian kerana kedua-duanya merupakan asas sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Rukun Islam mengandungi lima perkara dan rukun Iman pula ada enam perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. ketika enjawab pertanyaan

Malaikat Jibrail a.s.:-

Maksudnya : "Wahai Muhamad! Apakah dia rukun Islam? Rasulullah menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu. Jibrail berkata: benar jawapanmu. Jibrail berkata lagi: Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia rukun Iman? Rasulullah menjawab: Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MaiaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasui-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada' dan Qadar Allah Taala". Riwayat Bukhari

Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syara'. Ini supaya mereka biasa terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani.


3. Menghafaz Ayat-Ayat Lazim

Al-Quran merupakan sebuah kitab yang menjadi pegangan dan rujukan kepada setiap orang Islam. Ia akan dipelihara oleh Allah dari sebarang perubahan dan gangguan. Begitu juga orang yang belajar, mengajar, membaca, menghafaz, menjaga, memelihara dan mengamalkan Al-Quran akan dijaga dan diberikan rahmat oleh Allah Taala. Maka ibubapa perlu mengajar anak-anak membaca Al-Quran kerana ia adalah di antara hak dan tanggungjawab ibubapa ke atas anaknya.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Israk ayat 82:
Maksudnya : "Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya".

Ibubapa juga perlu menyuruh mereka menghafaz surah-surah dan ayat-ayat lazim supaya lidah mereka fasih membaca Al-Quran, diberi rahmat, cahaya dan perlindungan serta dijaga daripada kejahatan zahir dan batin.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hijr ayat 9:
Maksudnya : "Sesungguhnya Kami (Allah Taala) telah menurunkan Al-Quran ini
dan sesungguhnya Kami jugalah yang akan menjaganya".

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : "Al-Quran adalah pemberi syafaat dan kitab yang wajib diyakini (kebenarannya), barangsiapa yang menjadikan Al-Quran di hadapannya, Ia akan memandunya ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkan Al-Quran dibelakangnya pula, Ia akan memandunya ke neraka". Riwayat Baihaqi

Sabdanya lagi :
Maksudnya : " Sesungguhnya orang yang di dalam rongganya tidak melekat sesuatu ayat Al-Quran, maka ía laksana rumah yang runtuh". Riwayat Ahmad


4. Menunaikan Perintah Allah.

Kanak-kanak pada usia ini hendaklah dilatih dan dibimbing oleh kedua ibuapanya supaya menunaikan segala perintah Allah s.w.t. terutamanya perintah-perintah yang wajib seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menutup aurat, bercakap benar dan akhlak-akhlak yang terpuji. Ini supaya mereka terbiasa dan dapat membentuk diri mereka ke arah keredhaan Allah sehingga dewasa. Ibadah dan amalan ini akan menjadi benteng bagi mereka dari maksiat dan kemungkaran seterusnya meletakkan diri mereka sentiasa berada dalam pemeliharaan dan rahmat Allah sepanjang masa.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Toha ayat 132:
Maksudnya : "Maka kendaklah kamu (ibubapa) memerintahkan kepada ahli keluarga kamu supaya mendirikan sembahyang dan bersabarlah dalam melakukannya (menyuruh melakukan sembahyang tersebut)".

FirmanNya lagi dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
Maksudnya : " Demi sesungguhnya sembahyang itu akan mencegah pelakunya dariada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar "

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : "Ajarkanlah anak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka sudah berumur tujuh tahun, dan pukullah (apabila tidak mahu solat) jika mereka sudah berumur sepuluh tahun". Riwayat Hakim

Sabdanya lagi
Maksudnya : "Puasa itu adalah benteng (dari melakukan maksiat dan mungkar)".
Riwayat An-Nasaei


5. Meninggalkan Larangan Allah.

Setiap ketaatan yang diajar kepada anak-anak juga perlu diiringi dengan perintah supaya mereka meninggalkan larangan Allah dan RasulNya. Ini bagi menjamin mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan suci dari dosa terutama dosa-dosa yang besar dan tidak mudah terpengaruh dengan bisikan dan ajakan ke arah kejahatan kerana ia akan membawa anak-anak dan ibubapanya ke arah api neraka.

Firman Allah s.w.t dalam surah At-Tahnim ayat 6:
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka yang mana bahan apinya terdiri daripada manusia dan batu-batu".

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : "Taatiah kepada Allah dan takutlah berbuat maksiat kepada Allah dan suruhlah anak-anak kamu untuk mentaati perintah-perintah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Kerana hal ini akan memelihara mereka dan kamu dan api neraka".


6. Menggalakkan Berjamaah.

Ibubapa perlu mengasuh dan mendidik anak-anak supaya berjamaah dan bersama-sama di dalam melakukan aktiviti ibadah ataupun harian. Ini bagi menyemai perasaan kasih sayang di antara satu sama lain dan semangat kekitaan dalam rumahtangga. Dengan berjamaah juga akan sentiasa mendapat pertolongan Allah s.w.t.

Rasulullah saw. bersabda:
Maksudnya : "Pertolongan dan rahmat Allah bersama dengan orang yang berjamaah". Riwayat At-Tarmizi

Perkara yang paling dituntut supaya berjamaah di dalam rumahtangga ialah sembahyang, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa, makan minum dan lain-lainnya. Bahkan pahala berjamaah lebih besar daripada bersendirian.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya : "Sembahyang berjamaah itu lebih baik daripada sembahyang bersendirian dengan dua puluh tujuh darjat".
Riwayat Muslim

7. Membaca Doa Dan Wirid Harian.

Ibu bapa juga bertanggungjawab mengajar anak-anak mereka dengan doa-doa harian dan wirid-wirid yang perlu diamalkan dari pagi hingga waktu sebelum tidur. Doa-aoa tersebut adalah seperti doa sebelum tidur dan selepas bangkit darinya, doa sebelum dan selepas makan, doa masuk ke dalam tandas, doa selepas mengambil wuduk, doa memakai pakaian, doa selepas sembahyang lima waktu, dan sebagainya. Pendedahan doa-doa seperti ini kepada anak-anak amat penting kerana setiap amal yang dimulakan dengan doa akan mendatangkan keberkatan terhadap perbuatan tersebut. Seterusnya doa-doa ini sekiranya dibaca mendekatkan anak-anak kepada Allah dan menenangkan hati-hati mereka.

Allah s.w.t berfirman dalam surahAl-Fatihah ayat 5:
Maksudnya : "Hanya kepada Mu-lah (Ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Mu-lah jua tempat kami meminta pertolongan".

Wirid-wirid yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. perlu diajarkan oleh ibubapa kepada anak-anak kerana kesan daripada berzikir itu dapat membentuk dan mendidik kerohanian anak-anak dan menghampirkan diri mereka kepada Allah. Malahan doa-doa dan wirid harian ini akan menjadi pendinding yang menghindarkan diri mereka dan godaan Syaitan.

FirmanNya lagi dalam surah Ar-Ra'd ayat 28:
Maksudnya : "(laitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia".


8. Memohon Restu Kedua Ibubapa

Anak-anak dalam lingkungan usia begini perlu dididik agar menghormati ibubapa menurut garis-ganis panduan seperti berikut :-
Redha Allah Ada Pada Keredhaan Ibubapa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya : "Keredhaan Allah itu berada dalam keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah itu berada dalam kemurkaan kedua ibubapa". Riwayat At-Tabrani

Berbuat Balk Kepada Orang Tua Lebih Utama Berbanding Jihad Di Jalan Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang dinwayatkan oleh Ibnu Mas'ud:
Maksudnya : "Saya bertanya kepada Nabi s.a.w. Apakah amal yang paling disukai oleh Allah Taala? Beliau menjawab: Solat pada waktunya. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi: Kemudian apa? Beliau menjawab: Berjihad (berjuang) di jalan Allah". Riwayat Bukhari & Muslim

Jahamah r.a. telah mendatangi Nabi s.a.w. seraya berkata:
"Wahai Rasulullah, aku ingin berperang, dan aku datang untuk bermusyawarah denganmu". Nabi bertanya, "Apakah engkau mempunyai ibu?". Ia menjawab, "Ya". beliau bersabda:"Tinggallah berbakti kepadanya, kerana sesungguhnya Syurga itu berada di bawah telapak kakinya". Riwayat Ahmad & An-Nasaei

Mengutamakan Berbuat Baik Kepada Ibu Berbanding Ayah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.:
Maksudnya : "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: Wahai Rasulullah! Siapakah orang yang paling berhak aku temani dengan baik? Beliau bersabda: Ibumu. Ia bertanya: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia benkata: Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ibumu. Ia bertanya : Kemudian siapa? Beliau menjawab: Ayahmu. Riwayat Bukhari & Muslim

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya : "Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selainNya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara kedu-duanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "Ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka penkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai tuhanku kasihilah mereka keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku semasa kecil dahulu".

Sabda Rasulullah s.a.w

Maksudnya : "Kamu dan harta kamu adalah untuk ibubapa kamu". Riwayat Ibnu Majah
Aishah r.a. berkata : "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. dengan membawa seorang tua. Belau bertanya kepadanya: Hai lelaki! Siapakah orang yang bersamamu ini? Lelaki itu menjawab: Ayahku. Beliau bersabda: Janganlah engkau berjalan di depannya, jangan duduk di hadapannya, jangan panggil ía dengan namanya dan janganlah engkau samakan ia dengan sesuatu".


9. Latihan Amali Fardhu 'Ain

Ibubapa hendaklah sentiasa menjadi contoh kepada anak-anak dalam melakukan ibadah-ibadah Fardhu 'Ain seperti sembahyang lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menghormati orang-orang tua, melafazkan kata-kata yang baik dan lain-lain lagi. Bahkan anak-anak perlu diberi penekanan dan latihan yang berterusan tentang perkara tersebut. Ibadah Fardhu 'Ain ini amat penting kerana ia menjadi asas kepada terlaksananya
ibadah-ibadah yang lain.


10. Mengadakan Usrah Keluarga

Dalam usaha untuk mewujudkan institusi keluarga yang kukuh, maka ibubapa perlu mengadakan usrah yang terdiri daripada anggota keluarga iaitu ibubapa dan anak-anak. Antara tujuan usrah ini diadakan ialah untuk:

Memperingatkan ahli keluarga supaya melaksanakan hukum Allah.
Mengeratkan silaturrahim antara anggota keluarga.
Satu proses tarbiah diri dan keluarga.
Mengujudkan satu budaya menghayati ilmu agama di dalam njmah.


11. Halaqah Muhasabah

Halaqah Muhasabah adalah satu tuntutan agama. bagi meningkatkan kesedaran terhadap tanggungjawab seorang hamba kepada Allah.

Firman Allah Taala dalam surah Al-Hasyr ayat 18:
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah -tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang Ia telah sediakan (dan amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Melipuü PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan

Gambaran Alam Mahsyar

foto Gambaran Alam Mahsyar

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.

15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.


27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.



Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong ." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Menjadi Hamba Harta

foto Menjadi Hamba Harta

"Teman anak Adam (manusia) ada tiga: yang satu mengikutinya sampai kepada nyawanya diambil, yang kedua sampai ke kuburnya dan yang ketiga sampai ke padang masyar, adapun yang sampai nyawanya diambil ialah hartanya, dan yang sampai ke kuburnya ialah kaum kerabatnya dan sampai ke padang masyar ialah amalannya." (HR. Ahmad)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Surah Al-Munafiqun:9)

"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan disisi Allah jualah pahala yang besar." (Surah At-Taghabun:15)

"Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya, dia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!" (Surah Al-Humazah:104)

"Kerosakan akibat penyakit suka kemuliaan, harta dan kemegahan pada agama seorang muslim lebih bahaya daripada kerosakan akibat kedatangan dua ekor serigala kedalam kumpulan kambing." (HR. Tirmidzi)

Prinsip Menjaga Harta Berdasarkan Al-Quran
"Bukanlah kebajikan itu hanya menghadap muka kamu ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan (yang sebenarnya) ialah beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat, kitab, nabi-nabi, bersedekah harta yang disayangi kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, musafir, peminta-peminta sedekah dan hamba-hamba yang menuntut kemerdekaan, mendirikan solat dan menunaikan zakat, orang yang menepati janji apabila berjanji, orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan peperangan. Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa." (Surah Al-Baqarah: 177)

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengadungi seratus biji. Dan (ingatlah) , Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dihendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya ." (Surah Al-Baqarah: 261)

~ "Kegembiraan kerana ilmu itu akan kekal, kemuliaan kerana ilmu akan kekal, dan kemasyuran kerana ilmu akan kekal. Sedangkan kegembiraan kerana harta akan mudah lenyap, kemuliaan yang disebabkan harta akan mengarah kepada kehancuran dan kemasyuran kerana harta akan memudar" ~ (Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni)

TUJUH PERKARA GANJIL

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Adakah Anda Mempunyai Tunggakan Cukai Tanah??