makanlah perkara yang baik


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu pusat penyembelihan ayam yang berada di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara, menemui 1,863 kilogram ayam yang disembelih tidak mengikut syarat. Lebih mengejutkan apabila 38 pusat penyembelihan yang diperiksa itu turut memaparkan siri logo halal yang diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di premis masing-masing, tetapi pemeriksaan mendapati cara penyembelihan itu meragukan.

Pegawai Jais, Mohd Hidayat Abd Rani, berkata pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati ayam itu tidak disembelih dengan betul, tetapi ia diproses sebelum di jual di pasar di sekitar Lembah Klang.

Ulasan : wahai orang yang beriman .. sentiasalah menjaga pemakanan kita dari perkara yang haram .. kerana hati akan menjadi gelap .. suasah nak masuk perkara agama .. na'uzubillah ..

0 Komen: