Angka Dengan Kehidupan dan Personaliti

nak kenali personaliti seseorang tu.Kadangkala orang boleh hipokrit dari segi luarannya kan ? Ha..untuk meneruskan lagi acara penujuman kita,kali ini jom kita sama-sama menyelidik personaliti seseorang menerusi satu amalan orang Jepun pula yang dikenali sebagai ‘Meisu’ yang bermaksud angka kehidupan! Meh la!!!

Senang saja. Lebih kurang sama dengan cara kita mengenali personaliti menerusi abjad nama kita. Kamu perlu jumlahkan angka tahun,bulan,dan hari kelahiran kamu. Setelah itu,jumlahnya perlu dijadikan antara angka 1 hingga 9. Tapi ingat,jika nombor itu 10 anggap ia sebagai no 1. Contoh:

Tarikh kelahiran kamu ialah: 24hb Februari 1975
Jumlah angka tahun kelahiran 1975
= 1 + 9 + 7 + 5

= 22

= 2 + 2

= 4

Jumlah angka hari dan bulan
= 24 + 2

= 2 + 4 + 2

= 6 + 2

= 8

Jadi
= 4 + 8

= 12

= 1 + 2

= 3

@

24hb Februari 1975:
= 2 + 4 + 2 + 1 + 9 + 7 + 5

= 30

= 3 + 0

= 3

BERMAKNA KAMU HARUS MERUJUK ANGKA KEHIDUPAN NO. 3
SELAMAT MENCUBA!!!


ANGKA KEHIDUPAN 1
Kamu seorang yang tidak suka terikat dengan sebarang komitmen yang membuatkan kamu rasa tertekan dan terkongkong. Kamu juga tidak suka bergantung kepada orang lain dan yakin dengan kebolehan diri sendiri selain memiliki prinsip diri yang tinggi. Sifat ramah membuatkan kamu mudah meraih ramai kenalan tapi seringkali juga kamu kehilangan mereka dek kerana sikap kamu yang suka mangongkong.

Kelemahan diri:
Wah! Rupanya kamu ini seorang yang suka mengawal orang lain. Tak elok tu. Sifat kamu yang ‘terlalu prihatin’ kadangkala merimaskan bahkan seolah-olah ‘mak cik senduk’ pula. Sifat kamu yang suka mengkritik orang lain membuatkan kamu menyakiti atau mengecilkan hati orang lain tanpa kamu sendiri sedari. Selain itu, kamu juga terlalu bangga dengan kelebihan diri sendiri sehingga terlupa bahawa kamu juga mempunyai kelemahan!

ANGKA KEHIDUPAN 2
Ia melambangkan kamu ini seorang yang setia dan taat tidak kira kepada orang atasan ataupun pasangan hidup. Kamu juga seorang yang ringan tulang dan suka membantu orang yang memerlukan pertolongan dari kamu tanpa banyak soal. Oleh sebab itu kamu sesuai bekerjasama dan bekerja secara berkumpulan. Sifat kamu yang pandai bergaul membuatkan kamu ramai teman. Namun biasanya kamu akan mencapai kejayaan dengan bimbingan orang lain seperti orang atasan. Sifat kamu yang sederhana membuatkan hidup kamu lebih bahagia.

Kelemahan diri:
Sebenarnya kamu ini tidak mempunyai citi-cita yang tinggi. Kamu cepat berpuas hati dengan sedikit kejayaan yang kamu raih. Bahkan kamu juga terlalu serius memikirkan soal masa depan. Kadangkala kamu cepat membuat keputusan sehingga kamu sendiri sesali nanti bila kamu sedar ia kurang tepat. Kamu juga kurang tabah untuk menghadapi rancangan dan rintangan hidup.

ANGKA KEHIDUPAN 3
Nampaknya kamu ini seorang yang ‘happy go lucky’ orangnya dan optimistik. Sifat sebegitu membuatkan kamu disenangi ramai apatah lagi kamu bijak mengambil hati teman-teman. Kamu juga tidak kekok untuk menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan sekalipun. Hendak tahu apa yang tersirat dihati mereka? Lihat saja air muka mereka. Pasti ia tergambar dengan jelas dan nyata kerana mereka tidak pandai menyembunnyikan perasaan. Jika mereka dapat mengatasi sifat ragu-ragu,pasti kejayaan dapat dicapai!

Kelemahan Diri:
Sah! Kamu ini kurang tabah untuk manghadapi cabaran hidup. Selalu saja keraguan bersarang di hati. Cuba atasi kelemahan itu yek! Anggaplah cabaran itu sebagai bunga-bunga hidup!



ANGKA KEHIDUPAN 4
Selalunya orang yang terletak di bawah angka kehidupan ini agak senang kehidupan mereka. Mereka jarang menghadapi kesulitan dari segi material. Tapi tidak hairanlah mereka mampu hidup senang kerana sikap mereka yang rajin berusaha. Selain itu, sifat patuh membuatkan mereka disayangi oleh orang atasan dan si dia. Mereka juga jenis yang suka menghabiskan masa di rumah bersama keluarga.

Kelemahan Diri:
Kamu ini seorang yang selalu berpegang teguh kepada adat hinggakan kadangkala menjatuhkan maruah dan air muka orang lain. Kamu juga seorang yang keras kepala. Putih kata kamu putihlah jawabnya. Satu lagi sifat negatif kamu, sukar untuk mempercayai orang lain!

ANGKA KEHIDUPAN 5
Bagi kamu, hidup ini hanya sekali saja. Tidak ada faedah memikirkan perkara lepas yang mengguris hati. Kamu lebih suka memandang ke depan dan bersemangat tinggi. Kamu juga suka mencari perubahan dan pembaharuan. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah tugasan luar pejabat yang tidak mengongkong kebebasan kamu. Namun kamu sukakan kehidupan yang damai dan privacy. Satu lagi sikap kamu, tak suka cari pasal dengan orang lain!

Kelemahan Diri:
Oleh kerana kamu suka membuat pembaharuan, kadangkala terlalu ‘excited’ mengejar sesuatu yang baru sedangkan rancangan lama masih belum siap lagi! Kamu juga agak boros apabila menyentuh soal duit. Selain itu, kamu cepat bosan dan suka bertukar kerja. Awas! Kadangkala mereka ini juga suka menukar pasangan!

ANGKA KEHIDUPAN 6
Mereka yang bernaung di bawah angka kehidupan ini seorang yang bertanggungjawab dan pandai menjaga perhubungannya dengan orang lain. Mereka juga berjiwa patriotik dan suka bersederhana dalam serba serbi. Mereka juga sukakan kehidupan yang damai dan bencikan pergaduhan. Sebab tu bila ada teman yang bertekak, mereka buat tak reti. Nanti memburukkan lagi keadaan. Tapi dalam masa yang sama, mereka ini sesuai dijadikan orang tengah kerana mereka ini takkan berat sebelah.

Kelemahan Diri:
Hai..gila kuasa nampak? Tanpa sedar, kadangkala mereka ini akan ambil tugas orang lain. Mereka juga selalu gelisah bila ditimpa masalah walaupun remeh. Dalam soal cinta, mereka ini juga agak keterlaluan. Asyik nak berkepit aje!

ANGKA KEHIDUPAN 7
Biasanya mereka yang berada di bawah angka ini mempunyai pemikiran yang tinggi dan suka berfikir secara logik. Mereka juga pandai memulakan komunikasi walaupun dengan orang yang pertama kali bersua. Sebab tu mereka ini mudah jalinkan persahabatan dengan orang lain. Selain itu, kebiasaannya keputusan yang mereka buat pasti tepat dan tidak akan disesali di kemudian hari.

Kelemahan Diri:
Mereka ini sering berasa gelisah dan curiga. Boleh jadi pengkritik yang baik kerana sifat mereka yang suka mengkritik. Jangan macam tu kamu pun bukannya ‘perfect’ sangat! Sifat kamu yang pentingkan kesempurnaan membuatkan diri kamu sering dipermainkan teman-teman. Padan muka!

ANGKA KEHIDUPAN 8
Wah! materialistik rupanya kamu ni! Tak nak mengaku lagi tu? Tapi biasanya kamu sentiasa memperolehi apa yang kamu inginkan. Selain itu, kamu juga pandai mengaturkan soal kewangan. Kamu juga mempunyai pandangan yang luas dan rajin bekerja. Dalam perhubungan, kamu memang jenis yang setia habis!

Kelemahan Diri:
Eh! Dahlah materialistik, boros pulak tu. Selain itu, kamu ini agak sombong orangnya lebih-lebih lagi dengan orang yang tak dikenali.

ANGKA KEHIDUPAN 9
Syabas! Kamu bersifat dermawan dan berperikemanusiaan. Kamu juga prihatin terhadap pemasalahan orang lain terutamanya yang rapat dengan kamu. Dari segi penampilan, kamu sentiasa pastikan diri kamu kemas dan ber*sensor*a. Pergaulan pula, kamu pandai membawa diri dan sering mengalah. Malas nak cari gaduh!

Kelemahan Diri:
Kelemahan kamu, hidup yang tidak terurus! Kamu juga sensitif yang tidak bertempat dan berjiwa pemberontak. Satu lagi, berhati-hati dengan mereka ini kerana mereka ini suka bertukar pasangan seperti mereka suka tukar kerja! Selagi tak puas hati, selagi itulah mereka akan mencari! Satu lagi sifat mereka, suka menyendiri dan tak suka diganggu lebih-lebih lagi time mood tak betul!

0 Komen: