Memang tak dinafikan tidur yang cukup amat penting untuk kesihatan tubuh badan. Dikatakan tempoh masa tidur yang sesuai dan ideal bagi orang dewasa adalah selama 7 jam sehari. Sekiranya anda banyak tidur atau tidur anda sering kali melebihi 7 jam sehari mengikut kajian Prof. Daniel F. Kripke seorang pakar tidur daripada American Cancer Society yang dijalankan ke atas 1000 orang sukarelawan di barat. Beliau telah merumuskan bahawa…
- Tidur melebihi 8 jam sehari, risiko 12% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi 9 jam sehari, risiko 17% untuk mati lebih cepat.
- Tidur melebihi sehingga 10 jam sehari, risiko sehingga 34% untuk mati lebih cepat.
Ini bermaksud lebih lama anda tidur, maka lebih cepatlah anda pergi menghadapi risiko kematian. Hal yang sama juga akan berlaku sekiranya anda kurang tidur. Anda turut dikatakan berisiko tinggi untuk menghadapi masalah kesihatan sekiranya amalan kurang tidur ini dibiarkan berpanjangan.
Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); ‘Naps: The Art of Snoozing’)
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan dalam majalah perubatan ‘Lancet’ pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: ‘Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Oleh yang demikian, tidurlah mengikut tempoh yang disarankan. Tidur yang berkualiti akan memberi kesan yang positif terhadap diri anda.
0 Komen:
Post a Comment