Tak khusyuk ketika solat

Sebenarnya utk capai khusyuk dlm solat kata kuncinya adalah ;
“TUNAI SEGALA SURUHAN & TINGGAL SEGALA LARANGAN”.
Bukan sekadar berILMU & YAKIN semata…

Bukan nak menafikan pandangan ilmuan, tapi itu hakikat yg hambe lalui setakat ini;
-wudhuk tak sempurna (membazir air)
-mata tak terlepas dpd menengok aurat org (sekali pun menonton tv),
-telinga mendengar perkara lalai (lagu2 lagho),
-mulut mengutuk, mrendah2kan org,
-makanan tak jaga (halal & baik…ingat!!! bukan semua yg halal itu baik)
-hati beriktikad tanpa ilmu…jgnlah kita harap nak khusyuk solat.

Perkara yg hambe tulis d ats terkecuali jika Allah yg Maha pemurah ingin beri kpd sesiapa yg d kehendaki-Nya. Tapi terlalu sedikit golongan spt ini…tiada daya upaya selain Allah

Contoh;- solat zuhur dpt khusyuk hingga menitis air mata, benar2 faham & “rasa”i keujudan Allah d hdpan kita…tapi apabila tiba solat ‘asar, hati dah berbolak balik. Tak dapat d “rasa”i keujudan Allah d hdpan kita. Cuba sehabis mungkin memberi tumpuan kpd makna bacaan, makna perbuatan (rukuk, sujud, takbir, dll…)tapi sampai sudah “hati” & fikiran melayang. Tak usahlah nak buat2 menangis & bertaubat ketika itu…astaghafirullah ampuni kami ya Allah ya Rahman ya Rahim…

Sampai tahap ulang semula solat (sekalipun sendirian) tak dpt juga khusyuk-Nya…astaghafirullah ampuni kami ya Allah ya Rahman ya Rahim…

Muhasabah diri…fikir dan kaji selama antara zohor & asar tadi apa yg kita lakukan…fikir;
-apa makanan kita
-apa cakap kita
-apa penglihatan kita
-apa “kata” hati kita
-dan segala sekecil2 perbuatan d kaji

Kaji punya kaji…rupa2 nya hambe “ketawa” byk sgt d antara zohor & ‘asar tadi…astaghafirullah ampuni kami ya Allah ya Rahman ya Rahim…

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;
“Jauhilah oleh kalian banyak tertawa, karena banyak tertawa dapat mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah” (HR. Ibnu Majah, dishahihkan oleh Al Albani)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Celakalah bagi orang yang berbicara lalu berdusta agar orang lain tertawa, celakalah baginya dan celakalah baginya”.(HR Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Hakim)

Oleh krn ketawa itu, maka berhari2 beristighfar & bertaubat belum tentu tumpuan dlm solat kembali semula…yg penting jgn putus asa…insyaAllah

Al Quran surah Ali Imran; sebahagian ayat 146
“Allah menyukai org2 yg sabar”

Jadi dgn tulisan hambe Allah yg serba lemah d atas, adekah tuan2 & puan2 rasa semudah ILMU & YAKIN utk capai taraf khusyuk dlm solat? Memang tak d nafikan kepantingan ILMU tapi jgn sampingkan TAUFIQ & HIDAYAH Allah…(sbnrnya byk lagi perkara2 yg boleh menjejaskan tumpuan dlm solat…)

Andai dah jumpa guru2 yg “terang mata hati” ni, jgn d lepaskan. Timbalah ilmu sebanyak mungkin…tapi hambe sendiri tiada guru tetap, cuma belajar dpd kuliah2 pendek. Tapi dpd ramai2 guru yg mengajar tersebut. Hambe jumpa beberapa guru yg “terang mata hati”nya. Mungkin belum jodoh hambe utk berguru secara tetap dgn mrk…hambe teringin sangat2…insyaAllah

Sama2lah kita berusaha utk jadi hambe yg taat segala perintah Allah…insyaAllah
Segala yg baik itu dpd Allah, manakala yg buruk itu kelemahan hambe sendiri (tiada daya upaya selain Allah)…

Hanya Engkau yg kami sembah dan hanya kpd Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjuki kami jln yg lurus.
Yakni jln org2 yg Engkau anugerahi nikmat.

0 Komen: