10 Mereka-Mereka Yang Dapat Untung Di Sambutan Valentine Day

Nah, ni dia dah tiba masanya, hari ini hari yang ramai pasangan kekasih (walaupun tak semua) dok tunggu-tunggu telah tiba, inilah dia hari paling bersejarah dalam kisah cinta suci, agung, ikhlas dua insan sedang bercinta. Bagi sesetengah pasangan kekasih yang sudah exposed pemikiran mereka, mungkin mereka tidak menyambut hari VD ni kerana dah memang jelas hukumnya, di tegah untuk merayakan VD ni.

Namun bagi pasangan kekasih yang Terlebih Exposed, lain pulak ceritanya, ini lah hari yang diwartakan di seluruh dunia sebagai hari sambutan kasih sayang untuk membuktikan cinta dan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, walaupun siapa yang sebenarnya mewartakan VD ni deme bukan ambil peduli.

Saya tidak mahu cerita pasal sejarah atau hukum mengenai menyambut VD ni, dah beratus kalau tak beribu nasihat, pandangan dan maklumat mengenai benda ni dah di siarkan dalam internet, sebaliknya saya nak kongsikan pula siapa sebenarnya yang beruntung dengan adanya sambutan VD ni. Kerana saya berpendapat sesuatu perkara , tidak kira dalam apa-apa bidang sekalipun, bila sudah masuk nilai komersil dan industri, memang sudahnya sukar untuk di bendung lagi.

So siapa sebenarnya yang betul-betul dapat untung dari hari VD ni, kemungkinan mereka adalah:

1. Tokey kondom – ramai sangat yang nak cuba buktikan chenta melalui hubungan seks, tapi langkah keselamatan pun pandai jugak nak di jaga, dah sah kedai-kedai yg jual kondom kena order stok baru lusa nanti;

2. Tokey Bajet Hotel – Mereka jugak boleh dapat untung pasal susah nak dapat tempat mau buktikan kasih sayang (adoilah), bajet kena jaga, tak kan nak cari yang 4 atau 5 star beb…pandai pulak berjimat ek;

3. Tokey kusyen kereta – pun boleh dapat untung since ada yg kira bedal dalam kereta je, save duit hotel dan senang nak cabut kalau ada penguatkuasa….tapi kotor la pulak seat kereta, kena basuh tak pun tukar baru terus….

4. Tokey filem dan tokey panggung wayang – ni kira acara wajib bagi pasangan yang dok berkasih ni, mesti mau layan romantic movie dulu hari VD, baru ada feeling…you jump I jump bebeh…

5. Tokey restoren, cafe, coffee house, pub, disko – ni pun kira bisnes baik untuk deme jugak, buat sikit-sikit promosi kasi murah harga 50 sen aje pun pasangan kekasih dah teruja, sebelum apa-apa perut perlu isi dulu;

6. Tokey kek, kad ucapan, coklat dan macam-macam gift – yang ni kira dapat rezeki lah, dah orang nak beli sapa tak nak jual…;

7. Tokey media – bisnes baik beb musim ni, banyak syarikat berlumba-lumba nak iklankan promosi pasal VD, apa lagi, tekan hargalah;

8. Tokey SMS, MMS dan Tokey Prepaid macam-macam S – kalau yang tak dapat jumpa masa VD, balas dendam rindu kesumat melalui SMS, MMS dsb. Mesti prepaid cepat habih malam ni;

9. Tokey Ubat Kuat – bisnes ni pun boleh dapat untung jugak malam ni, mana tau kot ada yang gila nak sampai 50 round bukti cinta…tak mustahil zaman sekarang nih; dan

10. Tokey kereta sewa – pun boleh cari makan malam ni, ada yg plan nak gi jauh-jauh dalam hutan atau bukit supaya penguakuasa tak leh jumpa, so boleh sewa kereta.

Dan untuk untung tempoh jangka panjang sikit, tokey klink haram yang buat bisnes gugur janin dan bayi akan dapat bisnes dalam 3 atau 5 bulan seterusnya…..

Gitulah senarai kemungkinan mereka-meraka yang dapat untung hasil dari sambutan VD nih, dan yg pasti boyfriend lah yang banyak dapat untung berbanding girlfriend. Dan sapa pulak yang tidak beruntung dan geram dengan sambutan VD ni. Yang saya pasti para polis, penguatkuasa, AJK surau dan seumpama dengan itu adalah mereka yang tidak beruntung di malam ni, ye lah dah tak pasal-pasal kena kerja overtime dok mengejar bebudak dan bedewasa yang nak rosakkan diri sendiri dan berusaha seday upaya untuk menconteng arang di muka mak bapa mereka.

0 Komen: