Universiti Terbaik Dunia: Malaysia perlu tindakan drastik kekang kejatuhan

Berdasarkan rangking universiti terbaik dunia kategori keseluruhan tahun 2008, Malaysia masih jauh berada di belakang. Universiti Malaya (UM) yang menduduki tangga ke 230 berbanding pencapaian universiti jiran seperti National University Of Singapore (tangga ke -30), dan University Of Tokyo (tangga ke-19).

Harvard University masih kekal pemegang tangga pertama universiti terbaik dunia 2008./indicators0/studentfaculty_ratio/



Berikut adalah senarai universiti Malaysia yang terpilih dari 400 universiti yang dipilih kategori Terbaik Keseluruhan Kategori:

  • Universiti Malaya (UM) ke 230
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke 250
  • Universiti Sains Malaysia (USM) ke 313
  • Universiti Putra Malaysia (UPM) ke 320
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ke 356

Universiti Malaya (UM) tangga ke-230 kekal sebagai universiti terbaik negara dan pernah menduduki kelompok 150 terbaik pada suatu ketika. Kini ia diburu rapat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia tangga ke-250.

Ia tentu lebih membanggakan jika ‘ada’ universiti kita yang menduduki kelompok 100 terbaik dunia!

Walaubagaimanapun, bagi penilaian berdasarkan nilaian ratio pelajar/fakulti: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Johor (UTHM) berada di rangking ke-47 terbaik di Asia, diikuti dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-63, Universiti Malaya (UM) ke-81 dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ke-88.

Berdasarkan senario di atas, kementerian terbabit khususnya kementerian pendidikan tinggi perlu melipatgandakan usaha agar taraf universiti sedia ada dapat dipertingkatkan ke peringkat dunia. Warga kerja dan golongan mahasiswa juga seharusnya melihat kayu ukur ini sebagai penanda aras terbaik memperbaiki prestasi IPT masing di negara kita. Ia adalah suatu usaha yang murni dan semua pihak seharusnya menyokong usaha ini.

Universiti terkemuka negara yang masih belum menduduki sebarang ranking setakat ini ialah:

Jika kita mempunyai pelajar yang terbaik, yang mampu untuk mencecah 15A - 16A, galakkanlah mereka menduduki universiti tempatan. Ibubapa tentu akan berbuat demikian sekiranya kita mempunyai universiti yang terbaik. Ia bukan sahaja menjimatkan kos, mengurangkan tukaran wang asing, ia juga mempromosi negara sebagai pusat ilmu pengetahuan di samping kita menjadi tumpuan pelajar seluruh dunia. Ia bukan impian yang mustahil, bukankah kita amat mengalakkan persaingan yang sihat dan ilmiah, daripada sibuk dengan label-label negatif seperti mahasiswa pro kerajaan, pro pembangkang dsbnya. Apa faedah yang boleh pihak universiti dapat dengan label-label seperti ini? Apa pandangan saudara?

Sumber 1 : http://www.topuniversities.com/worlduniversityrankings/
results/2008/overall_rankings/fullrankings/

Sumber 2: http://www.topuniversities.com/worlduniversityrankings/
asianuniversityrankings

1 Komen:

Anonymous said...

join kampus chat now http://www.kampuschat.co.cc