Unblock your Account Maybank BerhadPelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh penipu, perompak dan pencuri. Adakalanya kita dapat melihat mereka memiliki keupayaan kreativiti yang tinggi disamping aqal yang baik dan sempurna.
Namun agak malang, keupayaan minda yang sihat serta kemampuan untuk mencari dan mengusahakan pekerjaan secara halal tidak diminati, sebaliknya lebih suka untuk memperolehi wang secara haram dan salah.
For security reasons, your Maybank account has been blocked due to inactivity or becouse of too many failed login attempts.
Please login at maybank2u to restore your account access.
Online banking: Login
https://www.maybank2u.com.my
© 2001-08 Maybank. All rights reserved.
Sudah tentu akan ada individu yang kelam kabut mendapat email sebegini, seolah-olah betul dari maybank, padahal ia menipu sahaja, lebih licik apabila link maybank2u yang diberikan dengan alamat url yang betul, tetapi jika anda klik, ia bukan membawa ke web maybank yang sebenar, tetapi ke sebuah web lain yang menipu.
Saya sudah kerap menerima email dari seperti ini ‘maybank' ini. Sudah berpuluh kali juga saya delete terus dari peti surat email, namun sewaktu mendelete itu jugalah sering saya terfikir entah berapa ramai individu yang mungkin ‘terjerat' dengan helah itu.
Saya yakin, ramai yang sedar dan tidak terpedaya dengan taktik murahan seperti itu, namun perlu kita sedari di luar sana tidak semuanya sebijak anda, tidak semuanya berhati-hati dan berpengalaman, tidak semuanya celik internet dan sebagainya.
mesej tipu dari Maybank
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment