Untuk memastikan bahawa anak kita nanti akan menjadi anak yang baik dan cemerlang….maka ;
1. Ianya bermula sejak dari awal lagi iaitu bermula dengan cara kita memilih siapa emak bagi anak kita itu. Maksudnya, ia bermula dari bagaimana kita memilih bakal isteri kita. Bagaimana proses pernikahan. Nabi ada berpesan, kita mesti pilih ‘tempat’ nak letak ‘benih’ kita dengan betul. Buatlah pilihan dengan betul seperti yang diajar oleh syariat. Kerana anak kita tu nanti akan wewarisi banyak sifat2 dari sebelah ibunya. Jangan kita memilih jodoh ikut nafsu semata-mata. Jangan main tangkap muat jer. Nampak awek cantik kat pasar, nampak awek seksi kat konsert, kita pi ngorat dan jadikan isteri. Kalau begitulah cara kita membuat pilihan isteri, maka ianya tidak menepati kehendak syariat. Ingat, tips pertama untuk dapat anak yang baik dan cemerlang ialah…bermula dari pemilihan jodoh. Pilihlah wanita yang soleh dan kuat pegangan agamanya. So, saya nasihatkan kepada mereka yang belum kawin, kena la pilih bebetul bakal isteri awak tu yer.
"Isteri Solehah Penenang Jiwa"- 2. Tips kedua ialah…SIKAP kita bila dapat anak. Kita kena berasa suka dan gembira apabila mendapat anak. Kita ni biasanya hanya akan suka bila dapat anak sulung jer. Tapi bile masuk yang kedua, ketiga dan seterusnya dah kurang gembira. Apatah lagi bila dapat anak yang tak dirancang. Maksudnya, kita tak rancang untuk dapat anak, tup2 tersangkut. Maka tatkala itu, kita cenderung untuk tidak bersyukur dan tidak gembira. Ini sikap yang salah. Kita sepatutnya kena jadi gembira dan WAJIB SYUKUR atas kurniaan ALLAH. Ramai orang diluar sana yang nak anak, tapi tak dapat2. Macam2 usaha yang dibuat, tapi tak juga berjaya. Jadi, kenapa kita kurang gembira dan tak bersyukur dengan pemberian ALLAH pada kita??? Kita kena tiru macam nabi Ibrahim, Nabi Ibarahim apabila dia dapat berita dari malaikat, kata dia akan dapat anak….dia ucapkan “salam…salam”…dia sangat gemira.
- 3. Kita kena renung firman ALLAH Ta’aala yang lebih kurang bermaksud, “Wahai orang2 beriman, jagalah dan peliharalah DIRI kamu dan AHLI KELUARGA kamu daripada azab bakaran API NERAKA”! Cuba selami dan fahami arahan ALLAH Ta’ala ini. Jadikan ia sebagai motto hidup kita.
Kita ni apabila cerita tentang syurga neraka, ada yang masih kurang yakin. Malah ada yang anggap cerita tentang syurga neraka tu macam hanya cerita mitos.
Anak2 adalah bayangan kepada ibu bapa. Kalau ibu bapa yang tak lurus, tak betul, maka anak2 akan turut jadi tak lurus, bengkok dan tak betul. Produk yang terhasil adalah dari bagaimana bentuk acuannya. Justeru, IBU dan AYAH kena jadi LURUS dulu. Maksudnya, ibu ayah kena perbetulkan diri dulu, kena jadi baik dulu. Barulah anak akan ikut jadi baik.
- 4. Ingat dan ikut 2 pesan yang telah ditinggalkan oleh Imam al-Ghazali. 2 pesan Imam Ghazali ini perlu dititikberattkan oleh setiap orang. Semua orang kena buat. Kalau tak, jangan harap nak dapat anak yang bagus dan cemerlang.
(Pesanan No 1) JAGA & BETULKAN SOLAT
Solat adalah tanggungjawab kepada kita…dan ia juga menjadi tanggungjawab kita dalam memastikan anak kita jaga solat mereka.
Ramai ayah kaki surau tapi anak? kaki lumba…semayang entah kemana.
(Pesanan No 2) JAGA SOAL MAKAN MINUM
Menjadi tanggungjawab suami/bapa memastikan makan minum adalah semuanya HALAL. Memastikan yang HALAL tu WAJIB. Itu satu hal. Lagi satu hal ialah, ibu2 atau isteri dinasihatkan agar memasak makanan untuk anak2/suami. Sebab air tangan ibu/isteri itu memberikan keberkatan. Kalau boleh, masa masak tu bacalah doa dan banyakkan berzikir.
- 5. Tips yang kelima ialah, KASIH SAYANG. Kebanyakan masalah anak2 muda sekarang ini adalah berpunca daripada kurangnya KASIH SAYANG. Teras kebahagian ialah kasih dan sayang.

0 Komen:
Post a Comment