Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan percuma 100 juta unit Amanah Saham Wawasan (ASW 2020) kepada penduduk miskin bandar dan miskin tegar di negara ini. Wow! Epal runtuh! (Instead of durian hehe)
Manakala PM juga mengucapkan tahniah kepada PNB di atas keupayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) menggembleng dana bernilai lebih RM87 bilion mencerminkan kejayaan cemerlang yang dicapai dalam tempoh 28 tahun sejak pelancaran Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.
Isunya sekarang apakah saham-saham ini mematuhi syariah (syariah compliant)? Kalau tidak mematuhi syariah, nak buat macamana? Takkan nak tolak rezeki yang datang bergolek ni? Lagipun kerajaan nak tolong kita selaku orang miskin, sama ada miskin bandar atau miskin tegar.
Tapi, kalau ambil pulak, problem juga, sebab ramai orang kata “haram”. Bila buka fatwa-fatwa di Malaysia lagi pening. Fatwa-fawa negeri dan ustaz-ustaz ramai kata haram. Suruhanjaya Sekuriti pun kata ianya tak mematuhi syari’ah. Tapi “Fatwa Kebangsaan” pulak kata “harus” atas dasar “maslahah”.
Saya mencadangkan, bagi saudara-saudari yang mempunyai saham-saham seperti ini, supaya membuat sendiri “screening” dan “tazkiyah”. Agar kita mendapat rezeki yang diberkati.
Contohnya ASW 2020. Katalah, 100 syarikat yang dilaburkan wang tersebut. 20 syarikat jelas haramnya. 10 syarikat lagi berada pada tahap ragu-ragu (syubhah). Maknanya 30 (20+10) syarikat perlu dielak. Maka, jika kita dapat RM100 (keuntungan) daripada pelaburan tersebut, RM100 hendaklah ditolak 30% sebagai tazkiyah. Baki 70% bolehlah diambil untuk dimakan atau dimanfaatkan. Ini hanyalah intro sahaja. Saya akan update kemudian.
Sebagai maklumat tambahan, saya copy paste daripada website ASNB:-
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung | AMANAH SAHAM WAWASAN 2020 (ASW 2020) |
---|---|
Jenis | Pendapatan |
Kategori | Ekuiti |
Tarikh Pelancaran | 28 Ogos 1996 |
Objektif | Untuk memberi kadar pulangan yang berpatutan kepada pemegang-pemegang unit menerusi pelaburan dalam portfolio terpilih yang terdiri daripada pelaburan yang dibenarkan. |
Pelabur Sasaran | Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka. |
Kelayakan | Warganegara Malaysia.
|
Pengurus Pelaburan | Permodalan Nasional Berhad |
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit | RM 1.00 |
---|---|
Bentuk Pelaburan |
|
Pelaburan Permulaan Minimum |
|
Pelaburan Tambahan Minimum |
|
Pelaburan Maksimum | Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung |
Saiz Tabung | 14.00 bilion unit. |
Caj Jualan | Tiada |
Caj Jualan Balik | Tiada |
Pembayaran Jualan Balik | Serta merta, kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. |
Tempoh Bertenang | Tiada |
Tahun Kewangan Berakhir | 31 Ogos |
PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Ogos | 2006 | 2007 | 2008 |
---|---|---|---|
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) | 6.80 | 8.00 | 7.00 |
MAKLUMAT TABUNG
Nama Tabung | AMANAH SAHAM MALAYSIA (ASM) |
---|---|
Jenis | Pendapatan |
Kategori | Ekuiti |
Tarikh Pelancaran | 20 April , 2000 |
Objektif | Untuk memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit membuat pelaburan jangka panjang yang menjana pulangan yang kompetitif dan berterusan menerusi pelaburan dalam portfolio yang dipelbagaikan |
Pelabur Sasaran | Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan serta mengharapkan manfaat dari pertumbuhan jangka panjang tabung hasil pelaburan semula pengagihan pendapatan (sekiranya ada) dan penerimaan pendapatan (sekiranya ada) ke atas pelaburan mereka. |
Kelayakan | Warganegara Malaysia.
|
Pengurus Pelaburan | Permodalan Nasional Berhad |
MAKLUMAT URUSNIAGA
Harga Seunit | RM 1.00 |
---|---|
Bentuk Pelaburan | Buku Pelaburan |
Pelaburan Permulaan Minimum | Buku Pelaburan - 100 unit |
Pelaburan Tambahan Minimum | Buku Pelaburan - 1 unit |
Pelaburan Maksimum | Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung |
Saiz Tabung | 13.0 bilion unit. |
Caj Jualan | Tiada |
Caj Jualan Balik | Tiada |
Pembayaran Jualan Balik | Serta - merta. |
Tempoh Bertenang | Tiada |
Tahun Kewangan Berakhir | 31 Mac |
PRESTASI TABUNG
Tahun Berakhir 31 Mac | 2006 | 2007 | 2008 |
---|---|---|---|
Kadar Pengagihan Pendapatan Seunit (sen) | 6.75 | 6.80 | 7.80 |
ASW 2020
Senarai 20 Pelaburan Terbesar yang Disebut Harga Dari Segi Peratusan Nilai Pasaran Berbanding Dengan Nilai Aset Bersih Tabung Syarikat
Bil Peratusan Dari Nilai
Aset Bersih Tabung
(%)
1. Malayan Banking Berhad 7.77
2. Tenaga Nasional Berhad 6.60
3. Bumiputra-Commerce Holdings Berhad 5.48
4. Sime Darby Berhad 4.48
5. PNB Structured Investment Fund 3.25
6. TM International Berhad 3.12
7. MISC Berhad 2.66
8. UMW Holdings Berhad 2.58
9. Petronas Gas Berhad 2.43
10. Digi.Com Berhad 1.95
11. IJM Corporation Berhad 1.76
12. Plus Expressways Berhad 1.62
13. Gamuda Berhad 1.50
14. Public Bank Berhad 1.48
15. MISC Berhad – Foreign Shares 1.47
16. YTL Corporation Berhad 1.41
17. Kuala Lumpur Kepong Berhad 1.41
18. YTL Power International Berhad 1.34
19. Telekom Malaysia Berhad 1.30
20. NCB Holdings Berhad 1.22
0 Komen:
Post a Comment