6 Febuari 2009 - Bertolak dari Khalifah City Abu Dhabi lebih kurang jam 9 pagi. Perjalanan ke Dubai mengambil masa kira-kira 1 jam setengah. Destinasi pertama yg dituju adalah Al Qusais اﻟﻘﺼﻴﺺ (N: 25° 16' 09" E: 55° 22'45"). Terletak di daerah Deira di timur Dubai.
Selepas menunaikan solat Jumaat, kami menuju ke Zaina Restaurant yang terletak di Jalan Al Athar, dubai. Lokasi seperti berikut (N: 25° 11' 21" E: 55° 14' 23").
Pemandangan di hadapan & di dalam Zaina Restaurant
Antara senarai menu yg terdapat di Zaina Restaurant.
Kami memesan Meat Mandi (AED37) & Chicken Mandi (AED 20) seperti gambar di atas. Tengok pn dah best...belom makan lagi tuu...tapi memang best pun...Harga juga berpatutan..Kepada sesiapa yg belom pergi tu, sila-sila lah ke restoran ini..Selamat menjamu selera..
Tiba lah masanya utk mentekedarah..Melantak...jgn tak melantak...Sesiapa yg tengok tu,telan air liur je la ye...hehehe....
Hanya mengambil masa beberapa minit saja, terus licin beb...dasat..dasat...tapi bkn nk kata la...memang best betul..terangkat wa ckp luu.....
Selesai je makan kat Zaina Restaurant tu, tanpa membuang masa kami terus ke Al Ghurair City. Salah sebuah shopping mall la kat Dubai tu..Untuk tahu lebih lanjut berkenaan Al Ghurair City ni sila klik sini. Lokasi nya adalah (N: 25° 16' 03" E: 55° 19' 07"). Tujuan kami ke sana adalah semata-mata untuk membeli kain ela untuk makcik-makcik & akak-akak kat Malaysia sana tu. Kain yg dipilih adalah dari jenis Italian Silk.
Pintu masuk Al Ghurair City
Gedung tekstil Al Yazia
Burj Arab ~ Icon of Dubai
**ensem tak mamat ni..hehehe**
1 Komen:
macam episod jalan2 cari makan...huahuahua...dan untuk soalan yg plg bawah tuh...adalah tidak sama sekali...wahakhakhakhakhak...
azataq@blogspot.com
Post a Comment