Jenguk-Jenguk Ke Fujairah, U.A.E

2 Januari 2008, Bertolak dari khalifa City jam 7.30 pagi. Perjalanan tanpa henti ke Fujairah mengambil masa kira-kira 3 jam melalui lebuhraya. Sesampainya di Fujairah, kami berlegar-legar disekitar bandar untuk meninjau-ninjau tempat-tempat menarik yg boleh dilawati.

Pemandangan disekitar bandar Fujairah

Destinasi pertama yg kami tujui adalah Muzium Fujairah. Muzium ini dibuka pada 30 November 1991. Waktu lawatan adalah dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang dan 4.30 petang hingga 6.30 petang. Dibuka dari hari ahad hingga khamis. Bayaran masuk adalah AED5 sahaja.



Pemandangan disekitar Muzium Fujairah


Tinggalan kubur-kubur lama yg terdapat disekitar muzium


Replika helang menjadi simbolik kepada bandar Fujairah

Selepas menunaikan solat jumaat, sekitar jam 1 petang, kami meninjau-ninjau restoran-restoran yg bersesuaian untuk menjamu selera. Kebanyakan restoran di sini tutup dari jam 11.30 pagi hingga 2.30 petang pada hari Jumaat. kami menikmati makanan tengah hari di restoran Green Valley yang terletak berhadapan dengan Central Bank, Fujairah. (Lihat gambar dibawah)




0 Komen: