Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan
syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal
dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak
melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam
solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan
keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya
berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja.Tak tutup aurat juga
perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah
tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang
semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa
hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak
contohnya. Antaranya mencuri...harta yang haram. Merompak...harta haram.
Melesapkan duit kawan...harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi,mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari
bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya
berilmu dan beramal

0 Komen: