Rahsia Wanita Jepun Hidup Lama

1.Mengambil makanan lengkap yang bervariasi. Bahan makanan yang terdapat di dapur masyarakat Jepun terdiri daripada pelbagai sumber. Walaupun harganya tidak mahal namun, ia mengandungi nutrisi yang tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan. Kebanyakan masyarakat Jepun suka makan ikan, rumpai laut, sayur-sayuran, kacang soya, beras, buah-buahan dan teh hijau.

2.Orang Jepun menikmati makanan yang dimasak sendiri setiap hari. Hidangan makanan tradisional Jepun biasanya terdiri daripada ikan bakar, semangkuk nasi, sayur rebus, sup miso, hirisan buah dan teh hijau sebagai pencuci mulut. Orang Jepun merupakan pengguna ikan tertinggi di dunia. Purata pengambilan ikan bagi seorang individu Jepun adalah 68.04kg per tahun dibandingkan penduduk di negara lain iaitu hanya sebanyak 35kg per tahun. Seperti yang diketahui, ikan mempunyai kandungan omega 3 yang tinggi dan ini menjadi salah satu faktor mengapa mereka hidup lebih lama dan sihat. Selain itu, mereka juga suka makan brokoli dan sayur-sayuran dimana mereka mengambil 5 kali ganda lebih banyak sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, kubis bunga dan kubis Brussel berbanding orang Amerika.

3.Orang Jepun hanya memasak makanan yang segar. Pendekatan yang digunakan oleh orang Jepun ketika memasak ialah mereka hanya akan menggunakan bahan-bahan yang segar yang terdapat pada musim tersebut. Pasaraya juga sangat mengutamakan kesegaran sesuatu makanan yakni bukan sahaja menitikberatkan tarikh luput sesuatu makanan yang dijual bahkan setiap makanan yang akan dijual perlu disemak setiap setengah jam. Wanita Jepun juga sangat selektif dalam memilih ikan, daging dan sayur-sayuran.

4.Orang Jepun makan dalam kuantiti yang kecil. Sejak kecil lagi, masyarakat di Jepun telah diajar untuk makan secara perlahan-lahan dan belajar untuk menikmati setiap kunyahan. Makanan yang dihidang di atas pinggan pula hanya satu pertiga daripada ukuran saiz peralatan makan orang Amerika. Orang Jepun sangat menitikberatkan tatacara dan adab-adab ketika makan. Ungkapan yang sering diamalkan oleh orang Jepun ialah “makanan mestilah segar, setiap menu mestilah dihidang dalam satu pinggan dan makanan perlu dihias supaya nampak cantik dan teratur”.

5.Teknik memasak di Jepun sangat ringkas dan sederhana. Sebahagian besar kerja-kerja memasak dilakukan di atas dapur menggunakan teknik seperti mengukus, membakar, menumis, menggoreng dan mendidih dengan menggunakan peralatan seperti periuk dan kuali. Tukang masak di Jepun akan menggunakan minyak yang khusus dan perisa makanan daripada bahan semulajadi supaya kesihatan jantung sentiasa terjamin.

6.Orang Jepun lebih memilih makan nasi berbanding roti. Ini merupakan perbezaan paling ketara mengenai tabiat makan orang timur dan barat. Mereka yakin bahawa pengambilan tepung gandum yang berlebihan merupakan faktor utama masalah obesiti di Amerika. Sekiranya anda telah terbiasa mengambil roti setiap hari cuba gantikan dengan secawan beras merah atau gandum 1-2 kali sehari.

7.Di Jepun, pengambilan sarapan pagi adalah sangat penting. Sarapan mereka terdiri daripada pelbagai jenis makanan seperti teh hijau, nasi kukus, sup miso dengan tauhu, daun bawang, rumpai laut, telur dadar, telur ikan dan ikan. Namun semua makanan tersebut diambil dalam kuantiti yang kecil.

8.Masyarakat Jepun hanya makan makanan manis dalam kuantiti yang sangat sedikit. Di Jepun, makanan pencuci mulut hanya dihidang dalam kuantiti yang kecil tidak seperti di Amerika. Namun, itu tidak bermaksud mereka tidak makan makanan seperti coklat, kuih-muih, aiskrim dan kacang merah cuma mereka lebih menghargai kesihatan tubuh badan mereka. Mereka sedar bahawa pengambilan makanan manis yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

9.Orang Jepun mempunyai “mind set” yang berbeza tentang makanan. Walaupun orang Amerika sangat prihatin terhadap masalah diet dan berat badan namun sebaliknya berlaku pada masyarakat Jepun yang sering didorong untuk menikmati makanan yang pelbagai tanpa masalah diet. Namun, pada ketika ini masyarakat Jepun sudah mula berhati-hati lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai restoran makanan segera ala barat yang diyakini akan menjadi faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti dikalangan remaja.

10.Bersenam merupakan amalan harian masyarakat Jepun. Masyarakat Jepun sentiasa memiliki kesihatan yang baik kerana mereka merupakan masyarakat yang aktif dan suka mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan harian mereka. Contohnya, mereka sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran yang sihat dengan cara berbasikal, berjalan, mendaki dan sebagainya.

11. Mereka juga mengamalkan supplement. Mereka amat berhati-hati dalam memilih makanan tambahan kerana kesilapan memilih yang menjadi akibatnya adalah tubuh mereka juga.

Credit: inhealthbeauty.com

0 Komen: